~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS

Saturday, June 12, 2010

EH Mei dan edisi perkahwinan

sebab lama sangat tak update,aku terlepas nak update review majalah favourite aku untuk bulan Mei. So, here aku combine sekali review aku pasal EH! untuk bulan Mei dan Jun.

EH! Mei ada Dato Siti Nurhaliza sebagai cover.



Sempena hari ibu yang jatuh dalam bulan Mei, so kebanyakan berita dan cerita dalam EH! kali ni pasal ibu. Antaranya;

~Jurnal Fesyen~
Zahnita dan anak dia(cute sangat)

~Stail~
Anggun bakal ibu(tip-tip untuk bakal-bakal ibu bergaya)

~Citra Cantik~
Selamat bekerja ibu

~Rambut~
Rahsia rambut cantik mama glamor(tips menjaga rambut dari artis yang dah jadi mama)

~Ubah Gaya~
Ubah Gaya kali ni lain sikit sebab ada budak kecik sekali.bestnya kalau ada chance buat grooming macam ni!!hehe

selain pasal ibu-ibu, yang menarik dalam EH! nie mestilah pasal ilham berfesyen dan berita-berita fesyen.
~Ilham~
Fesyen in Beige Color
Ilham fesyen berwarna
Seksi sifon
mekar kelopak(bukan kelopak bunga tu ok, tapi fesyen baju yang ada ropol-ropol tu!)

for those yang minat nak baca EH! Mei ni bolehlah pinjam kat kawan-kawan korang sebab kat kedai tu mesti dah tak jual lagi.^_^


EH! Jun menarik sikit(menarik kepada orang yang dah berpunya dan ada plan nak kahwin lah..huhu)
Macam biasalah, bulan Jun EH! mesti keluarkan edisi perkahwinan untuk tolong korang-korang yang nak kahwin tu cari idea baju, pelamin or hantaran or macam-macam lagi.


Cover untuk edisi perkahwinan kali ni adalah Irma Hasmie(awek Nabil), so adalah sikit cerita pasal diorang. Untuk bakal-bakal pengantin pula, korang bolehlah baca tips yang ada untuk bakal wedding korang, antaranya;

~Fesyen~
Romantika Putih(idea baju putih dangan aksesori yang sesuai)
Semewah Perak
Emas Moden
Ratu Peterana(Idea rekaan pakaian pengatin dari pereka terkenal Malaysia)
Stail fesyen perkahwinan Timur dan Barat(artis Malaysia dan Hollywood)

~Citra Cantik~
Ratu(tips solekan untuk pengantin)

~Nota Cantik~
Alis Tiang Seri Pengantin(Alis=Kening)

~Kesihatan~
Diet Bakal Ratu sehari

Selain itu,ada juga cerita yang boleh kita jadikan tauladan dalam
~kisah benar~
Bakal suami 'Jual Diri'(kena selidik betul-betul baru decide nak kahwin)

~Etika~
Undangan terima atau tolak(ni bukan tips untuk bakal pengantin tapi untuk bakal jemputan)

~Wang Anda~
Tip jimat buat majlis kahwin

siapa yang nak kahwin tapi still tak ada idea bolehlah beli EH!(tak kan asyik nak pinjam jer kan??hehe) sebab ada bengkel perkahwinan EH!.kalau nak tahu macam mana nak join, kenalah beli.^_^
Lagi satu ada promosi rawatan wajah berharga RM4550(save duit, tak payah nak keluar duit sendiri untuk buat facial)

p/s:nak hantar form untuk menang perfume Gwen Stefani's Harajuku.Cute sangat botol dia!



Friday, June 11, 2010

~my comeback ^_^

dah lebih sebulan rasanya aku tak buka ruangan blog ni. bukan malas or tak ada cerita yang nak di share tapi banyak benda yang jadi  yang buat aku tak sempat nak update blog aku ni.
2 hari sebelum aku start kerja kat tempat baru, nenek tiba-tiba sakit. memang kitorang 1 family cuak time tu, takut-takut kalau nenek ditakdirkan 'pergi' hari tu. sebab nenek sakit tiba-tiba, ramai lagi uncles and aunties aku yang belum datang jumpa nenek. tapi alhamdulillah,tak lama lepas cousins and aunties aku datang bersama dengan anak-anak saudara aku, nenek beransur sihat. tak adalah sihat terus macam biasa tapi dah tak teruk macam masa mula-mula dia sakit. maybe nenek rindu kat anak, cucu dan cicit dia kot. sebab tu sampai sakit. sekarang, nenek aku tinggal dengan Aunty Milah, kakak kepada ayah yang juga satu-satunya anak perempuan nenek. so, sekarang aku ada routine baru lah,jenguk nenek setiap hari kat rumah aunty aku. aku kan dibesarkan nenek, so kira macam tanggungjawablah juga untuk jenguk dia setiap hari kecuali kalau aku ada hal. tu la antara benda yang jadi kepada aku dan keluarga yang mengubah sikit cara kehidupan kami. memanglah aku kata banyak benda yang jadi, tapi yang aku nak share, pasal nenek aku jer. yang lain, biarlah aku dan meeka yang memang dah sedia tahu jer yang tahu.^_^

p/s: btw, aku dah buka 'ladang anggur' aku balik! ;p

Tuesday, April 27, 2010

Murid Dapat Dadah Dari Cikgu

  Mesti korang terkejut baca tajuk entry aku kali ni kan?kan? Cuba baca petikan artikel yang aku ambil dari Berita Harian ni, mesti lagi terkejut dibuatnya. Cikgu yang bertanggungjawab membimbing, mendidik dan melindungi students pula yang jadi perosak anak bangsa. Teruk kan?*sigh


12 penuntut sekolah menengah digantung 2 minggu air kencing positif dadah

KUCHING: Polis percaya 12 pelajar sebuah sekolah menengah di Pusa, Betong yang digantung sekolah sejak minggu lalu, kerana mengambil dadah mempunyai kaitan dengan guru sekolah itu yang ditahan kerana disyaki mengedar dadah, petang kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat dan menyiasat sama ada pelajar terbabit hanya penagih dadah atau turut menjadi orang tengah kepada guru itu.
“Setakat ini hanya lima pelajar disoal siasat berhubung kes itu dan dengan maklumat yang diperoleh daripada mereka, kita dapati mereka mendapat bekalan dari guru berkenaan.

Apalah nak jadi zaman sekarang ni kan, sekolah pun dah tak selamat lagi.(no wonder lah ramai student suka ponteng sekolah zaman sekarang..ops!)



Kisah seorang pemabuk

Masa tengah lepak-lepak dengan ayah(ayah aku pun kaki lepak woo..haha) dekat depan tv, tiba-tiba ayah bukak cerita pasal seorang pemabuk yang diampuni dosanya oleh Allah S.W.T.
Cerita ni memang ada pengajarannya,so aku rasa better aku share dengan korang sebagai pedoman dan pengajaran.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki di Bashrah yang kerja dia hanya minum khamr(arak)
setiap masa. Suatu hari, ditakdirkan Allah S.W.T, pemabuk ni meninggal dunia. Tetapi tak ada seorang pun orang kampung dia yang nak tolong sembahyangkan dan kebumikan jenazah Si Pemabuk.

Siti Aisah r.a. berkata , rasulullah telah bersabda,
‘Orang yang minum arak, maka janganlah kamu kahwini. Kalau sakit janganlah kamu ziarahi dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang mengutus aku sebagai nabi dengan membawa agama yang benar, tidak akan mahu minum arak kecuali orang-orang yang terkutuk, baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, zabur dan Furqan.

Barang siapa yang memberi makan kepadanya miskipun sesuap sahaja, maka allah S.W.T. akan membelitkan ular dan kala jenking pada badannya. Barang siapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia menghancurkan agama Islam. Barang siapa meminjamkan wang ringgit kepadanya bererti dia membantu membunuh seorang mukmin. Dan barangsiapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya.”


Isteri Si Pemabuk yang sedih tu pun mengupah dua orang tukang pikul untuk membawa jenazah suaminya ke dalam hutan untuk ditanam sebab memang tak ada seorang pun dalam kampung tu yang nak tolong sempurnakan jenazah Si Pemabuk tu.

Sampai jer dalam hutan, isteri Si Pemabuk ni bertemu dengan seorang zahid yang memang terkenal dan dihormati yang turun dari pertapaannya untuk menguruskan jenazah Si Pemabuk tersebut.

Berita zahid menyempurnakan jenazah Si Pemabuk tu pun sampai ke pengetahuan orang kampung dan mereka bertanya kepada zahid tu, "Mengapa engkau menyempatkan diri turun dari pertapaanmu untuk menyempurnakan jenaza ini?"

Zahid tu pun menjawab, "Sesungguhnya aku diperintahkan turun kerana ada jenazah orang yang telah diampuni dosanya oleh Allah, sedang di situ tidak ada orang kecuali isterinya".

Orang-orang kampung pun menjadi hairan dengan penerangan zahid kerana mereka tahu sifat Si Pemabuk itu( dan kita pun tahu bahawa
minum arak akan menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari..Wallahu’alam)

Zahid yang tidak megetahui sifat dan amalan Si Pemabuk pun bertanya kepada isteri Si Pemabuk,
"Apa amalan yang dikerjakannya semasa ia hidup?"

Lalu, si isteri pun menjawab, "Sebagaimana yang diketahui bahawa suami saya memang selalu berada di kedai dekat rumah saya dan kerjanya hanya sibuk minum khamr dan mabuk sepanjang"

"Apakah ada amalnya yang baik?" tanya zahid lagi.

Jawab si isteri pemabuk itu, "Tidak ada, cuma bila suami saya sedar di waktu subuh, dia akan segera bangun dan mengganti pakaian serta segera berwudhu, lalu segera mengerjakan solat subuh. Selain itu,di rumah kami tidak pernah kosong dari satu dua anak yatim yang sangat disayanginya, malah sayangnya melebihi dari anaknya sendiri.

Kelebihan membela anak-anak yatim banyak disabdakan oleh Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.

“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.” (HR. Bukhari)

“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…” (HR At-Tabhrani)


Dan ada kalanya, sebaik dia sedar dia seringkali menangis sambil berkata,
"Ya Allah ya Tuhanku, di Neraka Jahannam manakah yang akan Engkau isi dengan pemabuk hina macam aku ini..."

Zahid mengangguk dan rasanya sudah cukup jelas sebab Allah memberi pengampunan kepada si pemabuk itu.
Kemudian, zahid segera menjelaskan bahawa sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan maha penyayang. Oleh itu, janganlah ada antara kita yang memikirkan tentang dosa orang lain kerana yang selalu solat siang dan malam itu belum tentu syurga tempatnya dan yang jahat seperti pemabuk itu pula belum tentu akan masuk neraka jahanam.

Wallahu’alam

::some info are from SUMBER KEKUATAN JIWA dan muzir.wordpress.com

p/s: tak ada niat apa-apa pun buat entry pasal cerita ini, just nak share cerita yang penuh pengajaran ni dengan korang(kan tak baik kedekut ilmu dan pengetahuan).


Membaca menambahkan ilmu pengetahuan.
Enjoy reading!!^_^

Friday, April 23, 2010

Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Kali ni aku nak share pasal PTPTN. Tapi pasal cara-cara nak bayar and tangguh bayar
(kepada mereka-mereka yang belum mampu untuk bayar balik).


Disebabkan aku dah pun berjaya tamatkan pengajian aku di Universiti yang paling best di alam semesta iaitu UTM(rindu UTM dan orang-orangnya), so PTPTN pun mulakan operasi menuntut hutang dari aku dengan mengirim berpucuk-pucuk surat ke rumah aku.

Untuk mengelakkan aku dapat surat warning dan seterusnya kena blacklist(macam ada artis tu, tak dapat keluar negara sebab tak bayar PTPTN), so aku pun mula mengambil tindakan yang sepatutnya. Oleh sebab aku masih belum bekerja, maka aku di bolehkan membuat permohonan penangguhan PTPTN(sebenarnya tak boleh sebab aku ada intership yang ada elaun @_@).
At last, aku tak buat pun penangguhan tu sebab aku rasa bayar lagi senang dari buat penangguhan. Lagipun, secara kebetulan aku dah dapat kerja so ayah kata tak payah lah tangguh(mmm,malas nak pergi KWSP lah tu untuk sahkan surat!! I know U dad!! ^_^)

Membuat permohonan penangguhan bayaran balik
Sebelum kita teruskan dengan prosedur permohonan penangguhan bayaran balik, korang kena tahu dulu either korang layak or tidak untuk buat permohonan tu(nanti penat jer apply but not approved because tak layak).

Layak
  • mestilah telah menamatkan pengajia tapi masih belum bekerja(confirm tiada pendapatan!)
  • telah tamat pengajian tapi menyambung pengajian diperingkat lebih tinggi.(kalau grad dip,sembung degree..kalau grad degree, sambung master..macam tulah).

Tak Layak
  • join program tajaan kerajaan dan mempunyai elaun seperti MDec, INSEP or GEMS, etc
  • sedang menjalani latihan praktikal @ internship yang mendapat bayaran elaun, seperti KPLI, chambering atau intern di Colgate-Palmolive(ni untuk akulah dan kawan-kawan yang intern kat sini)
So,kepada yang tak layak termasuk aku sekali..jangan nak berangan nak tangguh-tangguh bayar hutang ok!

Prosedur Permohonan

Ok, now is the show time untuk cara-cara nak buat permohonan penangguhan tu(aku dapat maklumat ni dari akak PTPTN, aku call dia kat no ni 03-2092 7788:Hotline PTPTN).

a) Untuk yang belum bekerja dan tidak menyambung pengajian( kata lain,penganggur)
  1. Buat surat pengesahan yang menyatakan korang belum bekerja lagi.
  2. Bawa surat tu pergi KWSP untuk disahkan yang korang memang belum bekerja lagi dan tak pernah buat caruman KWSP.
  3. Lepas surat tu disahkan oleh KWSP,korang boleh bawa surat tu balik rumah.hehe
  4. Muat turun(download) borang permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN dari laman web PTPTN atau sila klik disini.
  5. Isi borang permohonan penangguhan bayaran balik.
  6. Periksa(bukan exam ok..tapi,check) borang yang korang dah isi tu(makesure lengkap,kalau tak puas hati bagi kat parents korang untuk periksakan(check-kan))
  7. Bila dah siap kesemua langkah(steps) di atas, korang bolehlah pergi hantar borang tu sekali dengan surat pengesahan kat PTPTN.
  8. Tunggu surat cinta dari PTPTN yang mengatakan permohonan korang untuk tangguh bayar hutang dah berjaya(tapi, sementara tunggu permohonan korang diluluskan korang kena bayar dulu apa yang dah ditetapkan oleh PTPTN yang patut korang bayar setiap bulan. Bila dah lulus baru boleh stop bayar sampailah korang dapat kerja atau selepas 2tahun)

b) Untuk yang belum bekerja dan menyambung pengajian(macam kawan-kawan aku, K.Ngah, Baby and Yana)
  1. Muat turun(download)borang permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN.(download borang yang sama dengan dengan mereka yang belum bekerja)
  2. Isi borang yang korang dah download tu.
  3. Macam biasa,kena periksa(check) untuk makesure korang dah isi dengan lengkap dan betul.
  4. photostate-kan dokumen-dokumen berikut;
  • Salinan surat tawaran pengajian yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional
  • Salinan surat tawaran penaja baru yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN)
  • Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran)
  • Salinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan) yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional
5. Bila dah selesai semua kerja mengisi borang dan meng-copy dokumen-dokumen yang diperlukan, korang bolehlah hantar borang berserta dengan dokumen-dokumen tersebut kepada PTPTN.

pesanan dari PTPTN: hanya borang yang lengkap sahaja akan diproses.(so,apa lagi..periksa, periksa dan periksa!!)
_______________________________________________________________

Pembayaran balik pinjaman

Untuk korang yang tak layak buat penangguhan or tempoh penangguhan dah tamat(tempoh penangguhan maksimum ialah selama dua(2) tahun), mesti nak tahu cara nak buat bayaran balik kan?kan?.

Macam aku cakap tadi, bayar hutang ni lagi senang dari buat penangguhan sebab bayaran balik pinjaman PTPTN boleh dibuat dengan pelbagai cara seperti potongan gaji, bank-in kat kaunter bank, bank- in kat mesin cash deposit, bayar terus kat kaunter PTPTN, wang pos/draf
or E-FES(aku guna cara ni sebab rasa lebih selamat)

Prosedur bayaran menggunakan E-FES
1. Untuk bayar guna E-FES nie korang hanya perlu makesure yang korang ada salah satu atau semua akaun bank berikut;
  • Maybank
  • CIMB
  • Bank Islam
  • RHB Bank(teringat kat Cikgu Roslan yang suka kata RHB tu Roslan Hamid Berhad..aku yang bijaksana ni boleh lak hampir-hampir terpedaya..haha..)
  • Public Bank
2. Lepas ko dah sure korang memang ada salah satu atau semua akaun bank di atas, korang kena make sure juga korang dah register online banking dengan bank-bank tu.
3. Lepas confirm korang ada kedua-dua diatas(akaun dan online banking), korang boleh start bayar hutang kat link nie http://epay.ptptn.gov.my atau klik disini
4. Bila korang dah masuk kat link tu, korang akan diminta No IC(No kad Pengenalan @ MyKad dan No Pin(no pin ni ada kat dalam surat cinta yang dikirim oleh PTPTN)

~Interface E-FES~

5. Lepas dah berjaya masuk dalam E-FES ni, korang akan dapat tengok penyata pinjaman korang. Dan kat bahagian bawah penyata tu ada ruangan untuk korang bayar. Hanya masukkan nilai yang korang nak bayar(make sure dalam akaun korang ada duit yang cukup)

~screen shot bahagian bawah penyata (penyata tak boleh tunjuk, confidential!)~

6. Lepas korang klik button Bayar, korang akan automatically masuk kedalam website yang suruh korang pilih bank yang korang mahu.

~Pilih Bank yang korang mahu~

7. Klik button Proceed



~laman web bank pilihan(contoh; CIMB)~

8. Korang akan automatically masuk kedalam website bank yang korang pilih. Just login guna username and password online banking korang dan buat bayaran macam biasa.
9. Lepas bayar,jangan lupa print resit bayaran sebagai bukti. Takut kalau ada masalah dengan proses bayaran.

Sekian dulu perkongsian aku dengan korang kali ni. Kalau ada apa-apa yang aku tau, nanti aku share lagi.

::some info are from http://www.ptptn.gov.my

Selamat Membayar Hutang!

p/s: sangat super kepokaian kini.huhu

Durian Oh Durian

Entry kali ni kira macam sambungan kepada entry hatiku terguris luka kini mencari..kini mencari penawar hati..dan dah jump2..mode::happy
~Tiba-tiba rasa nak cerita pasal memory masa short sem yang sangat dan super best lepas baca blog mami(Nadzirah).

~keluagra besar kami di Diva~~yang pegang acuan kuih tulah bibik(mangsa)~
(Credit to K.long for the Super Nice Photo..haha)

~shortsem family~~baby,aku, mami,k.ngah and deq chu~


Cerita yang terpilih ialah Tragedi Durian dan BiBik yang menyebabkan bibik(Kerry) merajuk dengan aku dan mami.(comel gila bibik..pandai merajuk).


Semua bermula apabila rumet ku Farah Husna bawa balik durian lepas 1 hari pergi merayau dengan bopren kesayangan dia(sape lagi kalau bukan En Panjang).

Kebetulan masa Fara balik tu, tinggal aku, mami and Ami jer, sebab yang lain semua dah keluar pergi makan(aku and mami malas nak keluar..guna sistem kirim-mengirim jer).So,kitorang pun makan dengan 'tak-ingat-dunia'nya semua durian-durian tu. Lepas makan durian-durian tu, tiba-tiba mami bagi suggestion untuk kenakan bibik(bibik tak suka durian,bukan takat tak suka makan jer..bau dan apa-apa yang berkaitan dengan durian pun dia tak suka termasuk pancake durian). Kitorang pun apa lagi,ambil semua biji and kulit durian tu, masukkan dalam plastik dan sangkut kat tingkap bilik bibik(kebetulan,meja study bibik kat tepi tingkap tu..lagilah menjadi plan..haha..jahat!)

Bila diorang semua balik jer dari makan,diorang semua lepak kat bilik aku(macam mami kata,bilik aku kan merangkap bilik tv) sebab malam tu ada cerita best(aku tak ingat cerita apa,tapi memang dinanti-nantikan). Aku,mami Fara and Ami memang berlakon macam tak ada apa-apa lah kan, so memang tak ada siapa yang syak apa yang kitorang dah buat.(tapi yang tak best nya bilik aku ada bau durian walaupun dah spray dengan perfume..rosak sikit proram jahat kami!)

Lepas habis jer cerita tu,masing-masing pun balik lah bilik masing-masing(sedar diri sebab ada kerja yang perlu dibuat..dah la extend sampai short sem,tak reti-reti nak siapkan PSM!!heesh).Lepas beberapa saat bibik keluar jer dari bilik aku,kami dengar satu jeritan kuat dari bibik(tu tandanya bibik dah masuk bilik dia dan nampak dan bau sekali durian tu..plan berjaya..haha). Kitorang yang tau pasal plan tu apa lagi, gelak guling-guling lah(sila jangan tiru perangai ini!sungguh Kejam~nyer..).

Lepas tu k.ngah(Nurul Izah) datang bilik aku tanya kitorang sama ada plan jahat yang berjaya tu kerja kitorang, kitorang memang mengaku jer tapi suruh k.ngah simpan rahsia(bersubahatlah kiranya..hehe), tapi memang kitorang lah suspect utama kan sebab tak ada siapa lagi yang ada untuk dituduh(dengan bau durian kat bilik lagi..spoil jer!)

Lepas k.ngah, Nanny(NurHidayah) pula datang bilik aku suruh kitorang ambil balik plastik tu and buang(menurut nanny,bibik memang super marah dan merajuk dengan kitorang..comey,comey..haha). aku and mami buat tak tau jerk(memang anak dan cucu derhaka..sorry nanny >_<) so,nanny la yang tolong buang kan plastik durian tu sebab kesian kat bibik.(kebetulan nanny memang rapat dengan bibik)

Sejak malam tu,aku dan mami tak bertegur sape dengan bibik selama beberapa hari(ego gila,tak mahu pujuk bibik..gila jahat aku ni..haha) sampai hari kitorang dapat tahu yang kitorang kena pindah dari K9.So,sebab nak settle kan problem bilik tu terpaksalah buang ego masing-masing(tapi tak minta maaf pun..ego tu ada lagi sikit-sikit..haha).

Lepas hari tu,kitorang sekeluarga live happily ever after. Siap duduk satu bilik lagi tau time kat KTR !(Aku,mami,bibik and unty ain).~eh,eh..tiba-tiba teringat..rasa macam belum bayar jer duit sewa bilik KTR kat bibik!Kepada Bibik,sila ingatkan ya kalau k.long belum bayar tapi lebih baik kalau halalkan jer..hehehehe

Tulah kisah aku,mami,bibik dan durian(tak pasal-pasal tak dapat rasa bibik masak sotong butter,sebab ego tak mahu pujuk bibik..aku and mami pergi makan KFC..siap hasut Ami sekali join kitorang..ego..ego..@_@)


Sekian dulu,nanti kalau teringat cerita lain.Aku story lagi.

p/s:Rindulah nak tengok HJ!hehehehe

Wednesday, April 21, 2010

Vegan

Been introduced to this word in 'stand up' yesterday(is called 'stand up' because everybody must be stand and up in the meeting). So, thinking of sharing the information about Vegan to all of you. Some of you may know or heard about this before, so feel free to share your knowledge by leave a comment.

~Vegan~
Person who who do or apply veganism in their lifestyle.
~Ish, dont even understand what is the Vegan and now there are Veganism!wth this Veganism is??Something like organism or what?

~Veganism~
Ok, Veganism neither organism nor vandalism. It is a lifestyle that totally rejects anything that relates to animals including food like meat or chicken, leather bag(so to 'kipas-susah-mati' of Gucci, Chanel or Coach leather handbags, you cant be a Vegan), leather shoes or fur(fur fashion like in the movie, 101 Dalmatians).

~Why Vegan~
as an integral component of a cruelty-free (cruel by killing animals, but it is ok to kill Mosquitoes!!hehe) lifestyle. Living vegan provides numerous benefits to animals' lives, to the environment, and to our own health–through a healthy diet and lifestyle(Jimat duit by not buying or consuming all the Leather and Fur stuff..damn expensive but I wish I have 1 ^_^)

P/S: I am not a Vegan, just want to share some info with you. Enjoy what ever lifestyle that you choose!!

::some info are from http://www.vegan.org

Monday, April 19, 2010

12 steps to deal with unrequited love


As I am free right now(gila boring!), so will share with you this 12 Steps To Deal With Unrequited Love(taken from Farra O Mei Facebook 's notes..thanks Fara for sharing this with me ^_^..ko tak bagi pun aku nak share juga..hihi).

~Step 1~
Accept the fact that he doesn't feel the same way about you.
If you continue to believe that there is a chance he will eventually love you, you will never move on(plus kena doa banyak-banyak).

~Step 2~

Understand the reasons why she/he doesn't feel the same way.
Understanding the reasons for the unrequited love will help you to move past the situation and get over her/him(bunga bukan seekor, kumbang bukan seekor..eh,terbalik..but kira acceptable jer lah kan..haha).

~Step 3~
Stay positive. Don't let this situation cause you to have bitter feelings toward finding someone who loves you.
It will lead you to becoming a bitter and unhappy person(Cheers girl!orang dah tak suka,takyah harap lagi..ish,sedih pula teringat pengalaman sendiri..haha,kantoi!)

~Step 4~
Get your mind off of him. Spend more time with friends and family, and surround yourself with those who love and care about you(tak pun pergi shopping,time ni lah nak beli banyak-banyak tanpa risau kena marah dengan ayah..sebab ada alasan,tengah sedih >_<).

~Step 5~

Keep busy. Throw yourself into your work or hobbies. If you don't have any hobbies there are plenty to choose from so it won't be difficult finding one(can makan be considered as hobby??)

~Step 6~
Focus on your future. Nobody has ever moved forward by constantly looking back. Focusing on your future will make you take your focus off him(fikir macam mana nak cari bf yang berganda lagi hensem dari dia..like my HJ..eheh).

~Step 7~
Remind yourself of your good qualities. Just because one person does not love you does not mean you are not a good person. Remind yourself of that as often as necessary(means kena selalu perasan!!haha).

~Step 8~
Go out on dates. It may be difficult at first because your heart may still belong to him but the worst that could happen is that you meet someone you like to hang out with. You never know, you may meet someone you really like that feels the same way about you( I want to meet HJ!).

~Step 9~
Appreciate yourself. Realize that you don't need anyone to validate you and that you are still the wonderful person you were before the breakup. Remind yourself that most relationships don't work out and that your breakup isn't unusual. Work on gaining independence so that you can be just as happy alone as when you're in a relationship. That will make you more attractive.

~Step 10~
If you've been left before, think of how you overcame that pain. You did it once, you can do it again(gila kesian kalau asyik kena dumb jer!!tak boleh jadi ni..mmm).

~Step 11~
Don't feed the monster. After a week or two of grief, stop yourself from indulging conversations about your lost love or from obtaining information about them. In time, your grief will fade on its own, provided you let it(dont feed the monster = dont think about the monster..ops,terlebeh sudah..haha).

~Step 12~
Ask yourself, "Why would I want to be with anyone who doesn't love me back?" You deserve better. You may discover you are repeating a pathology from your childhood, clinging to someone who doesn't appreciate you in an effort to win the approval you could not get from your parents. Seek professional help to dig deeper if you suspect this is true.

::pic from collegejolt.com

Sunday, April 18, 2010

When in Rome

I supposed to go to Gatsby Street Fair on saturday(April 17,2010), but because of a friend who does not want to join the games so we decided to watch a movie.Well, I am a 'kipas susah mati'(pinjam ayat nek busyok!!^_^) of comedy romantic movie, so of course I will choose When In Rome if you ask me to choose(Sorry Megat sebab terpaksa ikut pilihan aku..siapa suruh minta aku pilih kan?hahahaha). But, it worth to watch the movie because the movie is damn funny and you will laugh until the end of the movie(seyes asyik gelak jer sampai rasa lapar and keluar jer from hall terus pergi makan dengan super banyak..Megatron la yang makan banyak,aku tak..hehe..) .Though, at first I am feeling like I had made a wrong choice because the hall is so empty!

The story of is predictable and simple (if you expecting something heavy or intelligent,choose another movie!),but it is very funny and suitable for those who's expecting sweet and comedy movie(sweet lah kan bila ada lelaki kejar ko sampai terlanggar tiang than masuk lubang??).

The movie is about Beth (Kristen Beil), hard working career woman who thought that there will be no love for her because everytimes she's fallen in love, she will be hurted(kesiankan?).
But, something seems to be changed when she went to Rome to attend her baby sister wedding, meeting someone and done something which not supposedly and(moral of the story:dont take anything that not belong to you!..tak pasal-pasal kena kejar dengan orang pelik)..you can guess the ending!(wont tell here,go to watch the movie..haha) enjoy!!

When In Rome Info
~Director~
Mark Steven Johnson

~Writers~
David Diamond
David Weissman

~Cast~(part of)
Kristen Bell (Beth)
Josh Duhamel (Nick)
Anjelica Huston (Celeste)
Alexis Dziena (Joan, Beth's Baby sister)
Will Arnett (Antonio)
John Heder (Lance)
Dax Shepard (Gale)
Kate Micucci (Stacy)
Luca Calvani (Umberto)

~Josh Duhamel and Kristen Bell~

~Alexis Dziena, Kristen Bell and Kate Micucci~

p/s:pic masa Gatsby Street Fair ada kat dalam camera yang tak boleh on sebab tak ada bateri..malas nak cas(pemalas tahap gajah~sebab suka gajah masa kecik dulu..>_<)

Saturday, April 17, 2010

Hot in EH April

Lama gila tak update blog ni(dah bersawang-sawang dah,tinggal tak ada big spider jer lagi!)~tiba-tiba teringat kisah big spider yang masuk bilik aku yang membuat aku dan roommate(time ni aku roomate dengan Fira) terjerit-jerit dan takut nak tidur sebab takut kena gigit!~besar gila spider tu,seyes takut!huhu
Ok,back to the topic pasal kenapa dah lama tak update, bukan busy or tak ada masa but mood aku yang tak berapa nak ok menyebabkan aku malas nak buat apa-apa termasuk meng'update' blog ni dan kemas bilik(memang bilik aku macam sarang tikus 2-3 minggu ni..mm,aku rasa sarang tikus cantik sikit kot..haha).

But, on Monday last week aku terima berita yang paling aku tunggu-tunggu selama ni, at last aku berjaya juga dapat kerja! yeay,i got the job!(jerit sambil lompat-lompat).Walaupun gaji dia tak lah besar (besar tu macam 2-3 juta) mana but aku tak kisah sebab pengalaman dan ilmu yang akan aku terima tu lebih berharga.
So, sekarang aku memang sangat 'in mood' untuk kemas dah bersihkan sawang yang ada dalam blog dan bilik aku(so,bilik aku sekarang lebih cantik dari sarang tikus..hari tu berlagak sangat,kan sekarang dah kalah..padan muka cik T!!haha).

For start untuk bulan ni,aku update pasal kandungan majalah EH April.



Eh! kali ni lebih kepada topik yang berkaitan denim(lebih dikenali sebagai jeans,kalau jeans pun tak tahu juga baik pergi duduk dalam hutan!). Antara yang menarik;

~Fesyen~
Top List Trend Denim
Denim Haus dan Carik
Magis Denim
Gaya Jalanan

~Kecantikan~
Celak Mata
Pemulas Kuku
Kulit Cerah Cantik

~Rambut~
Diari Seminggu Rambut

~Wang dan Anda~
10 soalan sebelum beli(sesuai sebagai guideline kepada orang yang suka beli dulu baru fikir..hehe)

~Kisah Benar~
Suamiku ketagih pondan(minta dijauhkan..ish..ish..ish)

~Lelaki Bulan Ini~
Nazim Othman(pelakon Awan Dania)

(pic from mama.brunei.fm)

~Inilah Lelaki~
10 cacat cela sikap lelaki selalu abaikan (lelaki wajib baca ni!!)

~Promosi~
JLO Live
Chloe
Jean Paul Gaultier
Safi Balqis
ROC
Denim Istimewa

So,kepada korang-korang yang minat dengan isi kandungan Eh ni or suka kat hadiah promosi tu,bolehlah dapat kan segera ya.lambat nanti,habis!!(aku tak mahu bagi pinjam!!)^_^


Tuesday, March 23, 2010

Kim Hyun Joong playing soccer

kali ni aku nak share dengan korang gambar 'kekasih pujaan hati ku' iaitu Kim Hyun Joong (HJ). Tujuan nak share ni, saje-saje jer but adalah juga niat nak buat Nek Busyok jealous dengan entry nie..haha
Kepada yang tak minat or rasa macam nak muntah(sila ke tandas untuk muntah),sila baca entry lain or bersabar banyak-banyak, nak buat macam mana,hati dah berkenan(sumpah aku tak suruh pun hati dan jiwa ni suka kat dia!kehkehkeh)

Picture ni adalah picture masa HJ main bola kat padang kawasan kejiranan dia(kejiranan tu macam kawasan perumahan la,correct me if I'm wrong). Cute kan dia??kan?kan? Say yes please..@_@





P/S: Sorry sebab picture tu kecil,tak nampak sangat.huhu

~Pictures from www.allkpop.com

Monday, March 22, 2010

Show your LOVE Contest

At last, ada juga contest yang aku masuk. best rupanya masuk contest macam ni(lepas ni lagi banyak la contest yang aku masuk..hehe), rasa excited jer.



Rugi tau korang tak masuk contest ni, boleh menang RM10000!!(tengah berangan nak beli apa dengan duit tu kalau menang..mmm).
Tak payah bayar apa-apa pun, just upload picture yang korang suka, pilih icon yang disediakan and pilih lagu. Lepas dah siap video korang, submit and tunggu organizer contest tu approve. Bila dah approved, korang boleh lah promote video korang untuk di undi(yang tukang undi pun ada

hadiah tau,ada chance menang iPhone!). So,korang-korang yang baik hati tunggu apa lagi??pergi lah register kat sini www.cornetto.com.my than pilih video yang bertajuk 'Sweet Sweet' and click 'VOTE' untuk undi video aku(jasamu amat dihargai..^_^).

~Video yang dibuat oleh aku: Sweet Sweet(modelnya ialah 2 teddy bear aku yang nenek kata dah macam bantal busuk,sebab hari-hari kena air liur basi aku..haha)~

Untuk memudahkan korang mengundi, just click link ni http://www.cornetto.com.my/index.php?gallery_id=447.

p/s: sila lah mengundi video bestfriend aku ni juga yer. Click disini .


~Video yang dibuat oleh Nenek Busyok: Cornetto Defines Love~

Thursday, March 18, 2010

2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010


siapa teringin nak naik hot air balloon??(me!me!me!~sangat teringin ok!)
Here is your chance to fly with the cute-mute hot air balloon. the only thing you have to do is go to Putrajaya on 18 March 2010 until 21 March 2010 (camping kat situ boleh tak ek?>_<). there are not only air hot balloons to rides, but lot more excitement is waiting for you!




Date
18 March 2010 - 21 March 2010


Venue
Precint 2, Putrajaya


Time
7am - 9pm


No Of Air Hot Balloons
23


Participating Country
Belgium, USA, the Netherlands, France, Switzerland, Malaysia and Japan

Theme : 1 World, 1 Malaysia, 1 Fiesta

Other Excitement Waiting:
Tethered hot air balloon rides - Tickets: RM10 for adults and RM5 for kids
Para-motors/para-gliders show
remote control aircraft playing display
Kite flying
Helicopter rides (saturday and sunday only)
Outdoor game for kids - Inflatables, clowns, magic shows, sphere rides
extreme game
Favourite/Fun-Fair booth - face painting, sand arts for kids, Mehendi art for painting kids and ladies (inai yang ada corak-corak), cool stick on Tattoos, etc
Competition - coloring, paper airplane, photograph of the day, lantern
Concession booth - exhibit /display /product sampling booths
Fireworks display: finale for night glow

~pictures and information from - http://www.myballoonfiesta.com/~

Jom Jom, pergi naik belon!

P/S:Nak naik belon dengan HJ!kehkehkeh

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair


Yes! I am going to the Street Fair to win a lot of prizes that worth up to RM15,000(mintak-mintak menang).
If you want to win all the gadgets as well, come and join us at Gatsby Deodorant Street Fair. Owh,dont know where is the event and when?? here,I am share with you the details of the event;

Date: 17th April 2010
Time: 10am - 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

What will you get at the event?
there are going to be lucky draws and you may win a lot of cool gadgets that worth up to RM15,000 (kan dah cakap tadi!!haish)

There will be a lot of exciting fun-fair games waiting for you on that day such as Sumo Wrestling (in air bag suits!), Gladiator Battles and other amusing and addictive games you would expect at a fun-fair only!(lama dah tak pergi fun-fair..wonder if there are teddy bears to be win too??)

Jom kita pergi ramai-ramai(tengok siapa paling cute pakai sumo suit @_@ *imagining*) dan meriahkan Gatsby Deodorant Street Fair!!See you all there! ^_^

For those who not own any transportation, may take monorail to Imbi Station or Star LRT to Hang Tuah Station(tapi kena jalan sikit,lalu depan Penjara Pudu..erk,penjara??) or taxi/cab(senang sikit,cakap jer dengan driver tu nak pergi Times Square)

For more Info,visit : www.gatsby.com.my/streetfair

P/S:imagining HJ in Gatsby ad replacing Takuya Kimura..hehehehe

Tuesday, March 16, 2010

Super Junior Asia Tour 2010

Super Junior is coming to Malaysia!!tiba-tiba excited,pdhal tak minat pun ngan SUJU nie..hehe


Super Junior will be in Malaysia for their Asia Tour Concert.
Date: 20 March 2010
Venue: Putra Indoor Stadium, Bukit Jalil
Time: 7 pm

Who ever interested to go to the concert can buy ticket from Axcess Tickets.
Only Rm 458 ticket is still available. Rm 238 and Rm 138 tickets is already sold out!

Ops,korang tak kenal ke siapa Super Junior ni??
Super Junior ni adalah boyband dari Korea Selatan yang dianggotai oleh 13 orang lelaki handsome..^_^

nak tahu lagi,tengok kat sini.
http://superjunior.smtown.com/

p/s: bila SS501 nak buat konsert pula??nak jumpa HJ..

~SS501~



Alice In Wonderland

aku memang dah lama plan nak tengok Alice In Wonderland ni since aku tahu pasal movie ni(aku kan berjiwa kanak-kanak riang ^_^). So, last week aku ajak Lynda pergi tengok cerita ni. kitorang pun pergilah tengok on last Sunday(14 March 2010) kat TGV Cinema KLCC (GSC semua penuh untuk tayangan 3D, geram aku!).
Mengikut perancangan awal, Megat and Kimi sepatutnya join sekali tapi disebabkan masalah-masalah tertentu(mis communication actually), so last-last aku tengok 2 orang jer dengan Lynda.
Cerita ni ok lah,kecuali masalah dengan tayangan yang mula lambat dan kitorang dapat air coke tawar (tawar macam muka orang yang jaga counter popcorn tu!rasa nak tampo jer..)


About the movie;



Director
Tim Burton

Writers
Linda Woolverton
Lewis Carroll

Cast
Mia Wasikowska (Alice)
Johnny Depp (Mad Hatter)
Helena Bonham Carter (Red Queen)
Anne Hathaway (White Queen)
Crispin Glover (Stayne- Knave Of Hearts)
Matt Lucas (Tweedledee/Tweedledum)
Stephen Fry (Cheshire Cat)
Michael Sheen (White Rabbit)
Alan Rickman (Blue Caterpillar)
Barbara Windsor (Dormouse)
and many more (malas nak type..haha)

Synopsis
Beauty teenage girl, Alice is return to the Wonderland from her childhood adventure ( Alice In Wonderland yang kita baca masa kecik-kecik dulu..).
This time, she will reunite with all her childhood friends (Mad Hatter, Tweedle twin, Dormouse and Cheshire Cat) and together with White Queen to fight against Red Queen.
What happen in Alice's Adventure this time??you should watch it by your self..hehe (tak boleh lah nak tulis lebih-lebih,nanti aku kena saman pula)

~ pada sesiapa yang dah tak ingat cerita Alice In Wonderland ni macam mana (macam aku :P), boleh lah pinjam buku cerita adik korang atau anak saudara korang untuk recall balik ceritanya.


~original book of Alice In Wonderland~


aku pun kena tag

Nenek Busyok ni memang sangat memahami aku, tahu-tahu jer aku tak ada kerja nak buat(consider as sangat memahami jer lah walaupun aku yang bagitahu dia bahawa aku sedang tiada kerja dan makan gaji buta..ish,ish,ish..tragis sungguh bila terpaksa makan gaji buta walaupun tak rela @_@). dah alang-alang boring and tak tahu nak buat apa,so aku pun buatlah entry yang di 'tag' oleh nenek busyok ni.*tutup hidung*hehe~jangan marah nek!!



1) APE KORANG TENGAH BUAT SEKARANG?

blogging+facebooking+pandang kiri kanan(takut orang nampak aku buka internet,so kepada staff department saya sila jangan baca blog saya..nanti kantoi lah.huhu)


2) KENAPA KORANG BUAT MACAM TU LAK?

sebab aku tersangatlah 'free' sampai nak kena fikir apa yang aku nak buat hari ini..huhu *thinking of the menu for lunch today*


3) OK2..SERIUS..APA NAMA YANG BESE ORANG PANGGIL KORANG?

fazirah@hanem@adeq@faz@pajighah@fa@kak long



4) KISAH DISEBALIK NAMA TU

fazirah
sebab aku yang suruh orang panggil aku fazirah..dah memang nama aku pun kan!!

hanem
nama ni pun nama aku gak tapi hanya diguna pakai oleh kaum kerabat dan kenalan family yang terdekat sahaja..kalau orang tanya,memang aku akan kata nama tu untuk family jer..^_^

adeq
ni nama manja kat umah, memang family yang betul rapat jer yang guna.(tapi jiran-jiran aku pun panggil aku adeq, mula-mula makcik-pakcik dan kakak-abang yang panggil macam tu..tiba-tiba budak kecik pun panggil aku adeq,lepas tu jadi 'kakak adeq'..buruk gila kot nama tu,suka hati jer buat kombinasi nama yang tak logik tu!)

faz
nama ni wujud sejak aku sekolah menengah. orang pertama yang panggil aku dengan nama ni ialah Darren (rindunya kat Darren..satu-satunya kawan aku yang berjaya kuruskan badan dalam masa 2 bulan!hebat tak?hebat tak?*adore*). Lepas tu ada lah beberapa orang yang panggil tu dengan nama tu..mami@nad kata,pelik jer dengar orang panggil aku faz..@@

pajighah@pajirah
nama ni dimulakan oleh isma,lepas tu faza(aku panggil paja sebab nak balas dendam..haha) panggil aku macam tu. lepas tu shahid pun sama.ish3..fazirah dislike this!

fa
ada 2 orang jer yang panggil aku dengan nama ni, fad and ain(kawan sekolah).mula-mula aku rasa pelik gak,tapi dah lama-lama jadi biasa dah.but still,aku rasa nama ni kelakar..macam TAU FU FA..hahahaha~balik ni nak beli tau fu fa lah,lama tak makan..^_^

kak long
nama ni memang selalu kena kat aku walaupun aku bukan anak sulong(petanda aku akan kahwin dengan anak sulong kot..hehe~tapi,tapi..HJ bukan anak sulung lah..macam mana ni?huhu).adik aku(adik angkat la kan) si Efa tu panggil aku kak long , lepas tu nenek busyok(aku panggil Nenek Busyok sebab nak revenge sebab dia panggil aku makcik Bacin..haha) pun start panggil aku macam tu dan diikuti oleh mami@nad, kak ngah@izah, baby@cemot, dek su@su, bibik@kerry and unty@aen.


5) BLOG SENDIRI...APA PANDANGAN

apa ek??aku pun tak tahu nak pandang macam mana..haha.yang pastinya blog ni ialah blog ketiga yang aku dah buat dan yang paling lama bertahan(harap2 terus bertahan dan terus popular..^_^). dan pengikut setia kepada semua blog aku, dimenangi oleh..nenek busyok(sila pakai perfume sebelum visits blog saya!!muahahahaha)



6) PEMBACA / READERS

macam yang aku mention tadi, pengikut setia adalah nenek busyok. yang lain-lain tu semua kawan-kawan aku la.mungkin ada 2@3(kesian,2-3 orang jer yang sudi jenguk..*sad*) orang yang aku tak kenal,apa-apa pun thanks sebab sudi menjenguk blog saya!



7) FIRST CONTEST??

tak tahu lagi sebab aku belum pernah masuk apa-apa contest.haha



orang yang aku nak tag
mami@nad
kak ngah@izah
nanny@yaya
asfia

P/S: To my lil sister, Efa..good luck for your SPM this year!


Thursday, March 11, 2010

kenapa? mengapa? sebab apa?

pernah tak korang tanya soalan macam ni kat diri korang sendiri??Mesti pernah kan,especially bila something yang kita harap tak menjadi or menghampakan kita.*emo*

lately nie,aku pun selalu tanya soalan tu kat diri aku. kenapa aku tak dapat 'benda' tu?kenapa orang lain tu boleh dapat?'benda' ni lah yang buat aku tension 2-3 hari ni(mm,actually bukan 2-3 hari..2-3 minggu @_@). bila cerita kat ayah dan kawan-kawan,semua orang suruh sabar.memang rasa annoyed sangat bila diorang cakap macam tu(time tu jer la sebab tengah jiwa kacau kan..haha).

tapi,bila difikirkan balik mungkin betul apa yang diorang kata.belum ada rezeki aku,nanti dapatlah tu dan mungkin aku akan dapat yang lebih baik dari orang lain *praying*.

Tiba-tiba teringat pesan Along hari tu(Along memang macam ustaz sikit sekarang ni..alhamdulillah..hehe), Allah S.W.T akan tunaikan setiap permintaan hambanya. It just the matter of time, bila tiba masa yang tepat mesti permintaan kita akan dimakbulkan dan ditunaikan. Sebab Allah S.W.T sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

So, aku rasa aku tak patut lagi rasa down dan tension. Apa yang patut aku buat is teruskan usaha tanpa berputus asa sambil berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
yes,dah bersemangat nak cari kerja lagi!! (lorr,kerja rupanya 'benda' tu!haha)


p/s: korang,sila doakan aku berjaya mendapat kerjaya idaman ya!!jasamu amat dihargai..^_^


~wajah mengharap~

Baskin Robbins Pink Day

Good news for all Baskin Robbins fans outside, now you can eat more ice cream as there are a promotion that enable us to get double jr. scoop at single reg. scoop price. love it!love it!
This promotion is called Wednesday is BR Pink Day.


When is the promotion?
3rd March 2010 - 30th April 2010


What you can have??
Double Jr. Scoops at the price of a Single Reg. Scoop

How Much to pay??

RM 7.50+ to get 2 scoop of your favorite flavors


Anything that I can add/change??

change sugar cone/cup to a Waffle Cone with only RM 1.50+

What should I do??
Show up with something pink to Baskin Robbins.. for example;you can wear pink dress,pants, shoes or shirt(for guys,may try pink tie), buy new pink wallet/handbags and bring it to BR(kalau rasa membazir,boleh pinjam..owh,forgot to mention..just get new pink wallet for myself ^_^), use more pink to your face such as pink blusher, pink eye shadow and pink lipstick etc

~my new pink wallet~
saje nak show off dengan korang!!haha


p/s: kalau nak color rambut to pink pun ok, memang terserlah kesungguhan..haha

Cantik apa rambut color pink! :P