~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS

Tuesday, April 27, 2010

Murid Dapat Dadah Dari Cikgu

  Mesti korang terkejut baca tajuk entry aku kali ni kan?kan? Cuba baca petikan artikel yang aku ambil dari Berita Harian ni, mesti lagi terkejut dibuatnya. Cikgu yang bertanggungjawab membimbing, mendidik dan melindungi students pula yang jadi perosak anak bangsa. Teruk kan?*sigh


12 penuntut sekolah menengah digantung 2 minggu air kencing positif dadah

KUCHING: Polis percaya 12 pelajar sebuah sekolah menengah di Pusa, Betong yang digantung sekolah sejak minggu lalu, kerana mengambil dadah mempunyai kaitan dengan guru sekolah itu yang ditahan kerana disyaki mengedar dadah, petang kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat dan menyiasat sama ada pelajar terbabit hanya penagih dadah atau turut menjadi orang tengah kepada guru itu.
“Setakat ini hanya lima pelajar disoal siasat berhubung kes itu dan dengan maklumat yang diperoleh daripada mereka, kita dapati mereka mendapat bekalan dari guru berkenaan.

Apalah nak jadi zaman sekarang ni kan, sekolah pun dah tak selamat lagi.(no wonder lah ramai student suka ponteng sekolah zaman sekarang..ops!)



No comments: