~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS

Friday, July 26, 2013

~Agar-agar Santan Gula Melaka

Agar-agar ni aku buat untuk Nek Busuk yang datang berbuka kat rumah aku last week. Dah alang-alang buat tu, aku buat lebih sikit untuk hubby dan ayah aku and untuk bagi kat mertua aku.

Resepi Agar-agar

Bahan-bahan;
Agar-agar bertali- 1 peket
Santan- 2 cawan
Air- 5 cawan
Daun Pandan
Telur- 1 Biji (Dicuci)
Gula Pasir- 1 Cawan
Gula Melaka- 1/2 Cawan
Garam

Cara-cara;
1. Masak agar-agar, gula, gula melaka dan daun pandan dengan air hingga agar-agar dan gula larut.
2. Masukkan santan dan telur ke dalam mangkuk dan kacau.
3. Selepas agar-agar dan gula larut dalam air, masukkan campuran santan dan telur.
4. Kacau dan masak hingga mendidih.
5. Tuang kedalam loyang/ acuan.
6. Sejukkan

*Nie hasilnya. Tengah tunggu agar-agar sejuk. Pic yang dah potong terlupa snap(macam biasa, asyik lupa jer..)




No comments: