~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS

Friday, July 26, 2013

~Nasi Lemak Dengan Sambal Ikan Bilis dan Ayam Goreng

Korang pernah tak dengar makcik-makcik or mak korang sendiri ke cakap diorang tak tau nak masak apa untuk hari tu. Sampai rasa macam problem 'nak masak apa' tu nampak macam masalah negara dah..hee..

Since aku dah jadi suri rumah sementara ni, baru aku faham perasaan makcik-makcik tu, yerla bila korang dah tiap-tiap hari masak so menu yang korang tahu pun dah abis(aku kan stil belajar lagi so tak banyak la menu yang aku tahu :p).

So, untuk isnin lepas, selepas dah pening-pening fikir aku pun decide nak buat  lemak. Menu paling simple. Tak payah nak ada lauk meriah-meriah. Aku masak nasi lemak, buat sambal ikan bilis, goreng ayam dan rebus telur..settle.

Jom aku nak share resepi nasi lemak, sambal ikan bilis dan ayam goreng aku yang tak seberapa ni..telur rebus tak perlu resepi la kot..tak kan tak tau kot rebus telur..hee



Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan;
Beras
Santan
Air
Halia (dihiris)
Serai (diketuk)
Daun Pandan
Garam

Cara-cara;
1. Basuh beras
2. Masukkan santan, air, halia, serai, daun pandan dan garam kedalam beras yang dah dicuci.
3. Masak nasi ^_^



Resepi Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan;
Ikan Bilis (dicuci dan dibersihkan)
Halia (dikisar)
Bawang Besar (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Cili Kering (dikisar)
Gula Melaka
Garam
Air Asam Jawa

Cara-cara;
1. Tumis bahan kisar hingga masak dan naik bau.
2. Masukkan air dan ikan bilis
3. Kacau dan tunggu sehingga agak kering
4. Masukkan gula, garam dan air asam jawa dan kacau hingga masak.



Resepi Ayam Goreng

Bahan-bahan;
Ayam (aku guna wings)
Halia (dikisar)
Bawang Besar (dikisar)
Bawang Putih (dikisar)
Serbuk Kunyit
Serbuk Kari
Garam

Cara-cara;
1. Perap ayam dengan bahan kisar, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari selama 1 jam atau lebih.
2. Goreng ayam yang telah diperap hingga garing dan bertukar ke warna coklat.
3. Bolehlah dihidang dan makan ^_^



*Resepi ayam goreng ni aku try and error jer. Nasib baik jadi. Mula-mula aku nak buat ayam berempah tapi asyik jumpa resepi yang guna banyak bahan so aku buat resepi ayam goreng aku sendiri :p.


No comments: