~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS

Thursday, September 19, 2013

~Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari

Actually aku plan nak masak mee kari ni weekend 2 minggu lepas untuk 'Nek Busok' yang nak datang raya. Tapi last minute cancel pula so aku pun simpan bahan2 nak masak tu and masak on weekdays jer untuk suami and family. So, jom layan resepinya.

Bahan- bahan;
Bawang Besar*dikisar
Bawang Putih*dikisar
Halia*dikisar
Cili Boh
Rempah Kari Ayam- jadikan pes
Santan
Air Rebusan Kulit Udang
Udang
Fish Ball
Fish Cake
Tauhu
Buah Pelaga
Bunga Lawang
Daun Kari
Ubi Kentang
Ayam

Cara- cara;
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan pes rempah kari, cili boh, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang.
2. Pastikan rempah dan cili masak sebelum masukkan air dan kentang.
3. Biarkan sekejap, kemudian masukkan air rebusan kulit udang, udang, ayam, fish ball dan fish cake.
4. Tunggu sehingga kentang empuk, masukkan santan, garam, tauhu kering dan gula.
5. Siap ^_^

P/S: Ni lah hasilnya.. Hiaskan dengan telur rebus, limau kasturi dan cili merah.



No comments: