~this blog is belongs to FazirahHanem~
RSS

Friday, September 6, 2013

~Resepi Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah

Dah lama tak buat ayam masak merah, so last week aku pon buat ayam masak merah. Kebetulan bahan nak masak pon tak banyak sangat. So aku just buat ayam masak merah dan nasi tomato. Gandingkan dengan jelatah.

P/S: Suami puji sedap, sampai nak ajak kawan dari Indonesia datang makan. Padahal ayam tue dah tinggal sikit dia makan. :p

Resepi Nasi Tomato

Bahan- bahan;
Mentega
*Bawang Putih
*Bawang Merah
*Halia
Bunga Cengkih
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Susu sejat- 1 cawan
Beras- 3 cawan
Tomato- 2 biji
Garam
Gula
Sos Tomato- 3 sudu
Daun Pandan

Cara- cara;
1. Cairkan mentega di dalam rice cooker.
2. Masukkan bahan bertanda * yang telah dikisar bersama bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun pandan . Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan buah tomato yang telah dipotong dadu. Masak hingga hancur dan sedikit kering.
4. Masukkan sos tomato, garam dan gula. Biar beberapa minit sebelum masukkan beras. Biar lebih masin supaya nasi ada rasa.
5. Kacau beras hingga sebati, kemudian masukkan susu dan air secukupnya.
6. Tutup rice cooker dan biar nasi masak.


Resipi Ayam Masak Merah

Bahan- bahan;
Ayam
Cili Kisar- Dikisar bersama cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia.
Serai- Di ketuk
Tomato- 2 biji
Sos Cili
Sos Tomato
Garam
Gula

Cara- cara;
1. Tumis cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan serai dan biar cili masak.
3. Masukkan tomato yang dipotong dadu. Kacau hingga masak dan hancur.
4. Masukkan air, sos tomato, sos cili, garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
5. Masukkan ayam. Biar hingga ayam masak dan sedikit kering.




No comments: